zondag, maart 02, 2008

HUKUM BERSHOLAWAT KEPADA NABI

AHLAN WA SAHLAN


Menjawab pertanyaan ustadz umar bakir tentang hukum bersholawat akan nabi s.a.w. di Brussel dengan ini saya sampaikan bayan

pertama tentang hukumnya adalah suatu keutamaan untuk dilakukan atau sebagian pendapat adalah wajib hal ini berdasarkan hadith sebagai berikut

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda :

رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ

"Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu"(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, dikelaskan sahih didalam Irwa' al-Ghaleel)



Banyak lagi hadith yang menunjukkan, tentang peri pentingnya kita berselawat keatas nabi Muhammad (SAW).Anjuran dari hadith-hadith ini sebenarnya bukanlah satu beban kepada kita,malahan ia membawa kebaikan kepada mereka yang berselawat.Kebaikan yang dimaksudkan ialah,ganjaran pahala yang dijanjikan kepada mereka yang berselawat ke atas Nabi Muhammad (SAW).


Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda :

من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً

"Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali"(hadith sahih riwayat Muslim)



Memperoleh syafaat

Selain daripada mendapat ganjaran pahala,dengan berselawat juga kita akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad (SAW) di akhirat kelak dan diampunkan dosa.Perkara ini telah dijelaskan oleh baginda sendiri dalam satu hadith:


Dari Ibn Mas'ud ra., telah bersabda Nabi (SAW):

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة

"Manusia yang utama di sisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu" (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmidzi dan beliau(Tirmidzi) mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib)


selain daripada hadith di atas,terdapat juga hadith ini:

من صلى على حين يصبح عشرا و حين يمسي عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة

“Sesiapayang bersalawat keatas-Ku pada waktu pagi dan petang sepuluh kali,akan memperolehi syafaatku di akhirat kelak”(Hadith ini dinilai Hasan dalam Sahih wa dhaif jami’ wa saghir)




Diampunkan dosa oleh Allah:

Dari Anas bin Malik,Nabi Muhammad(SAW) berkata:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ

“Sesiapa yang berselawat keatas-Ku sekali,maka Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan mengampunkan sepuluh kesalahannya”(HR Ahmad,dalam Musnad Ahmad)




Keutamaan

Keutamaan berselawat ini dikukuhkan lagi, dengan perintah Allah terhadap Malaikat dan orang-orang yang beriman agar berselawat keatas Nabi (SAW) sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. "(surah al-Ahzab : 56)



Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Bazz,matan Mufti Am Arab Saudi,beliau berkata:

"Bahawa berselawat keatas Nabi (SAW)merupakan perkara yang disyariatkan didalam tashahud dalam solat, didalam Khutbah, ucapan , doa, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, ketika keluar dari masjid, berzikir dengan berselawat ditempat-tempat lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau dalam risalah, artikel atau seumpamanya, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah"(Majmu' Fataawa bin Baaz, (cetakan Dar al-Watan, 1416H) 1/445)

Akhir kata, sebagai umat islam yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah,maka letaklah perkataan SAW atau seumpamanya selepas menulis nama Nabi Muhammad(saw).Walaubagaimanapun,ini hanya sebuah pandangan yang dhaif dan tidak semestinya diterima bulat-bulat,oleh itu fikir-fikirlah.

WaAllahualam.

jazakumullah

Geen opmerkingen: