zondag, april 06, 2008

lanjutan definisi sedekah

AHLAN WA SAHLAN
Cara Dan Jenis Sedekah:
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengajar orang-orang yang beriman beragai-bagai cara dan jenis untuk berinfak atau bersedakah tathawwu'. Cara-cara tersebut dapat kita fahami melalui nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, antaranya firman Allah:

وَيُطْعِمُوْنَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيْنًا وَيَتِيْمًا وَاَسِيْرًا

"Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan". (al-Insan, 76: 8)
Ayat ini menggalakkan orang-orang yang beriman agar memberi sedekah kepada fakir miskin dari jenis-jenis barangan (harta) yang terbaik dan yang disukai, bukan yang sisa, yang terbuang atau tidak diperlukan lagi. Galakan bersedekah dengan benda-benda yang baik terkandung dalam hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alahi wa-sallam:

اَيُّهَاالنَّاسُ ! اِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَيَقْبَلُ اِلاَّطَيِّبًّا وَاِنَّ اللهَ تَعَالَى اَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا اَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ . فَقَالَ عَزَّوَجَلَّ : يَا اَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ
"Wahai manusia, Allah itu Baik, tidak menerima kecuali yang baik! Dan sesungguhnya Allah menyuruh para mukmin mengerjakan apa yang diperintahkan kepada para Rasul mengerjakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَصَدَّقُّوْا : قَالَ رَجُلٌ : عِنْدِى دِيْنَارٌ. قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ. قَالَ : عِنْدِى دِيْنَارٌ آخَرُ. قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ. قَالَ : عِنْدِى دِيْنَارٌ آخَرُ. قَالَ : تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ. قَالَ : عِنْدِى دِيْنَارٌ آخَرُ. قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَىخَادِمِكَ. قَالَ عِنْدِى دِيْنَارٌ آخَرُ. قَالَ : اَنْتَ بِهِ اِبْصَر
"Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, bersedekahlah kamu: Seorang lelaki berkata: Saya mempunyai satu dinar. Bersabda Nabi: Sedekahlah kepada dirimu sendiri. Orang itu berkata lagi: Saya ada sedinar lagi. Bersabda Nabi: Bersedekahlah untuk isterimu. Orang itu berkata lagi: Saya masih ada sedinar. Bersabda Nabi: Sedekahlah untuk anakmu. Orang itu berkata lagi: Saya masih ada sedinar. Bersabda Nabi: Bersedekahlah untuk pekerja (kuli) kamu. Orang itu berkata lagi: Saya masih ada sedinar lagi. Bersabda Nabi: Engkau lebih mengetahui kepada siapa harus engkau berikan". (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai’i dan al-Hakim)

اِذَاكَانَ اَحَدُكُمْ فَقِيْرًا فَلْيَبْدَاْ بِنَفْسِهِ. وَاِنْ كَانَ فَضْلٌ فَعَلَى عِيَالِهِ. وَاِنْ كَانَ فَضْلٌ فَعَلَى ذَوِى قَرَابَتِهِ اَوْ قَالَ : ذَوِى رَحِمِهِ . وَاِنْ كَانَ فَضْلٌ فَهَاهُنَا وَهَاهُنَا
"Jika kamu seorang yang fakir, maka mulakanlah sedekah pada dirimu sendiri. Jika ada kelebihan, berilah kepada keluargamu. Jika masih ada kelebihan, sedekahkanlah kepada kerabatmu. Dan jika masih ada kelebihan, maka berikanlah kepada sesiapa yang lebih memerlukan". (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

اَفْضَلُ الصَّدَقَةِ الصَّدَقَةُ عَلَى ذِى الرَّحِمِ الْكَاشِحِ

"Seutama-utama (sebaik-baik) sedekah, ialah sedekah kepada keluarga yang menyembunyikan permusuhannya kepada kita". (Hadis Riwayat at-Thabrani dan al-Hakim)

مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبِ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللهُ اِلاَّ الطَّيِّبَ فَاِنَّ اللهَ تَعَالَى يَيَقَبَّلُهَا بِيَمِيْنِهِ ثُمَّ يُرَبِّيْهَا لِصَاحِبِهَا كَمَا يُرَبِّى اَحَدُكُمْ فُلُوَّهُ حَتَّى تَكُوْنَ مِثْلَ الْجَبَلِ
"Barangsiapa bersedekah sebiji kurma dari usahanya yang baik, dan Allah tidak akan menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah menerima sedekah dengan tangan kanan-Nya, kemudian memeliharanya untuk yang ampunya sedekah sebagaimana seseorang kamu memelihara anak kuda, sehingga menjadi gunung". (Hadis Riwayat Bukhari)

اِذَا اَنْفَقَتِ الْمَرْاَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا غَيْرَ مُفْسِدَةٍ ، كَانَ لَهَا اَجْرُهَا بِمَا اَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا اَجْرُهُ بِمَا كَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ لاَ يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ اَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا
"Apabila seorang perempuan bersedekah dari makanan rumahnya dengan tidak boros, ia mendapat pahala dari apa yang disedekahkannya serta suaminya juga (mendapat) pahala dari apa yang diusahakan, dan bagi pekerjanya (pembantunya) juga demikian. Tiada mengurang oleh yang seorang akan pahala yang lain, walaupun sedikit". (Hadis Riwayat Bukhari)

لاَ تُنْفِقُ الْمَرْاَةُ شَيْئًا مِنْ بَيْتِ زَوْجِهَا اِلاَّ بِاِذْنِ زَوْجِهَا . قِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ وَلاَ الطَّعَامُ ؟ قَالَ : ذَلِكَ اَفْضَلُ اَمْوَالِنَا
"Janganlah bersedekah seseorang perempuan dengan sesuatu dari rumah suaminya, melainkan dengan seizin suaminya. Seseorang sahabat bertanya :Wahai Rasulullah, apakah makanan juga tidak boleh? Baginda menjawab : Makanan adalah harta yang termulia". (Hadis Riwayat at-Turmidzi)

اَنَّ اَسْمَاءَ بِنْتَ اَبِى بَكْرٍسَاَلَتْ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: اِنَّ الزُّبَيْرَ رَجُلٌ شَدِيْدٌ وَيَاْتِيْنِى الْمِسْكِيْنُ اَفَاَتَصَدَّقُ عَلَيْهِ مِنْ بَيْتِهِ بِغَيْرِ اِذْنِهِ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِرْضِحِىْ وَلاَ تُوْعِىَ اللهُ عَلَيْكِ.
"Asma binti Abi Bakar bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau berkata : Az-Zubir seorang yang tegas. Datang kepadaku orang-orang miskin, bolehkah aku bersedekah kepada mereka dari harta rumah dengan tiada izinnya? Bersabda Rasululah saw : Bersedekahlah sekadarnya dan janganlah kamu terlalu penyimpan, sehingga Allahpun menahan pemberian-Nya kepadamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

SEDEKAH JARIAH
Sedekah jariah ialah sedekah (infaq) yang pahalanya terus-menerus diperolehi oleh pelakunya walaupun ia telah meninggal dunia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya:

اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَانُ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، اَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
"Apabila mati seorang manusia, putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara: Sedekah yang jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya oleh manusia, anak yang soleh yang berdoa untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersedekah Kepada Haiwan:

بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى بِطَرِيْقٍ اِشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيْهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ ، فَاِذَاكَلْبٌ يَلْهَثُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَد بَلَغَ هَذَا الْكَلْبُ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلَ الَّذِىكَانَ قَدْ بَلَغَ مِنِّى. فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلاَءَ خُفَّهُ مَاءً ، ثُمَّ اَمْسَكَهُ بِفِيْهِ حَتَّى رَقِىَ ،فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ ! اِنَّ لَنَا فِى الْبَهَائِمِ اَجْرًا ؟ فَقَالَ : فِىكُلِّ كَبِدٍ رُطْبَةٍ اَجْرٌ. رواه البخارى
"Seorang lelaki sedang berlalu di sebuah jalan, ia telah merasa kehausan yang sangat. Kemudian ia mendapati sebuah perigi, lalu ia turun dan minum sepuasnya. Setelah ia keluar, tiba-tiba ia terserempak seekor anjing yang sudah terhulur lidahnya kerana haus. Maka lelaki itu berkata: Anjing ini sedang menderita kehausan sebagaimana aku menderita. Kemudian ia turun lagi ke perigi dan mengisi air ke dalam sepatunya. Ia naik dan memberi minum anjing sepuasnya. Maka Allah menyatakan syukur kepada orang itu dan mengampunkan dosa-dosanya. Para sahabat bertanya: Apakah pada binatang-binatang pun kami akan mendapat pahala? Beliau bersabda: Pada setiap yang berjiwa ada pahalanya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Siapakah Yang Layak Menerima infak?
Infak tidak boleh diberikan kepada yang tidak layak menerimanya. Syara telah menetapkan orang yang berhak dan layak untuk menerima infak, zakat dan sedekah. Orang Islam dilarang dari meniru Yahudi dan Nasrani dalam mengeluarkan zakat atau infak. Yahudi dan Nasrani lebih banyak menyerahkan infak kepada individu tertentu.
Firman Allah:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِنَّ كَثِيْرًا مِنَ اْلاَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَاْكُلُوْنَ اَمْوَالَ النَّاسِ بِالبَّاطِلِ وَيَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ وَالَّذِيْنَ يَكْثُرُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنْفِقُوْنَهَا فِى سَبِيْلِ اللهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْمٍ

"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib (orang-orang alim Nasrani) benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih". AT TAUBAH, 9:34.

Syara telah mewajibkan orang-orang beriman agar menginfakkan sebahagian harta yang diperolehinya pada jalan Allah. Sesiapa yang kufur atau mengingkari dari berbuat demikian, maka akan ditimpakan kecelakaan ke atasnya di dunia dan di akhirat.
Sebagaimana firman Allah:

وَاَنْفِقُوْا فِى سَبِيْلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوْا بِاَيْدِيْكُمْ اِلَى التَّهْلُكَةِ
"Dan infakanlah harta kamu di jalan Allah. Janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan". (al-Baqarah, 2: 195)

Antara cara amalan infak di jalan Allah ialah dengan memberi atau menyalurkan wang yang diperolehi kepada orang-orang yang layak menerimanya atau kepada Baitulmal Muslimin yang diamanahkan untuk menguruskan keperluan dan kepentingan orang-orang Islam. Ini telah dijelaskan dibeberapa ayat al-Quran:

اِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وِالْمَسَاكِيْنِ وَالْعَامِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغَارِمِيْنَ وَفِى سَبِيْلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيْلِ فَرِيْضَةً مِنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ
"Sesungguhnya infak (termasuk sedekah dan zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk hatinya, untuk yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". AT TAUBAH, 9:60.

Setiap orang yang beriman diharamkan dari menghalang-halangi orang-orang yang mahu berinfak. Kerana hanya orang-orang munafik sahaja yang suka menghalang seseorang dari mengeluarkan infak. Allah telah berfirman:
اَلَّذِيْنَ يَلْمِزُوْنَ الْمُطَوِّعِيْنَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ فِى الصَّدَقَاتِ وَالَّذِيْنَ لاَ يَجِدُوْنَ اِلاَّ جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُوْنَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
"(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk bersedekah) selain sekadar kesanggupannya. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka, Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih". (at-Taubah, 9: 79)

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ ، الاِمَامُ الْعَادِلُ ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. رواه البخارى
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu katanya: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah diwaktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. (Hadis Riwayat Bukhari)

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ وَقَالَ : يَمِينُ اللَّهِ مَلْأَى ، وَقَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ مَلْآنُ سَحَّاءُ لاَ يَغِيضُهَا شَيْءٌ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ’anhu katanya: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan menyampaikan firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Wahai anak Adam! Berbelanjalah kamu, pasti Aku akan membelanjakanmu dan Rasulullah ssallallahu ‘alaihi wa-sallam menyambung: Anugerah Allah itu melimpah-ruah lagi cepat. Ibnu Numair radiallahu ‘anhu berkata: Penuh melimpah-ruah dan tidak mengurangi dariNya sedikitpun samada malam ataupun siang". (Hadis Riwayat Bukhari)

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْمُنْفِقِ وَالْمُتَصَدِّقِ كَمَثَلِ رَجُلٍ عَلَيْهِ جُبَّتَانِ أَوْجُنَّتَانِ مِنْ لَدُنْ ثُدِيِّهِمَا إِلَى تَرَاقِيهِمَا فَإِذَا أَرَادَ الْمُنْفِقُ وَقَالَ الْآخَرُ فَإِذَا أَرَادَ الْمُتَصَدِّقُ أَنْ يَتَصَدَّقَ سَبَغَتْ عَلَيْهِ أَوْ مَرَّتْ وَإِذَا أَرَادَ الْبَخِيلُ أَنْ يُنْفِقَ قَلَصَتْ عَلَيْهِ وَأَخَذَتْ كُلُّ حَلْقَةٍ مَوْضِعَهَاحَتَّى تُجِنَّ بَنَانَهُ وَتَعْفُوَأَثَرَهُ قَالَ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ يُوَسِّعُهَافَلاَ تَتَّسِعُ
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu: Daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam katanya: Baginda bersabda: Perumpamaan orang yang pemurah dan orang yang bersedekah seperti seorang lelaki yang memakai dua helai jubah atau dua helai baju besi bermula dari dadanya sehingga ke atas. Apabila orang yang berbelanja (Dalam riwayat yang lain mengatakan: Apabila orang yang bersedekah) ingin memberi sedekah, maka baju itu longgar buatnya dan apabila orang bakhil ingin bersedekah, maka baju itu menjadi rimas dan panas sehingga menutupi jari-jarinya serta menghapus jejaknya. Abu Hurairah berkata: Orang yang bakhil ingin melonggarkan pakaiannya tetapi dia tidak mampu melonggarkannya". (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis Untuk Renungan :

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ
"Hadis daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhu katanya: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



jazakumullah

Geen opmerkingen: